AKADEMIK
PRA
SEKOLAH
TADIKA KAMPUNG BULUH.
SEKOLAH
RENDAH
SEKOLAH RENDAH TENGKU
AMPUAN INTAN, TERENGGANU.
SEKOLAH
MENENGAH
SEKOLAH MENENGAH
AGAMA MAHMUDIAH, TERENGGANU.
SEKOLAH MENENGAH
TENGKU AMPUAN INTAN, TERENGGANU
PUSAT PENDIDIKAN
YAYASAN ISLAM TERENGGANU, TERENGGANU.
UNIVERSITI
UNIVERSITI KOLEJ
TERENGGANU ( UPMT ).
UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR.
http://www.upm.edu.my
Aku mengalami saat
kejatuhan bila aku memasuki sekolah menengah.
Namun, akhirnya
aku bangkit kembali pada penghujung rancangan.
Begini, panjang ceritanya.
Aku ditempatkan di
Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang, Terengganu
dalam kelas 1 K.B.S.M.
Maklumlah, kami ni golongan U.P.S.R.( Hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja
dijadikan sekolah
percubaan U.P.S.R. di seluruh Malaysia pada tahun 1997).
Pencapaian mulai
merosot.
Akhirnya aku merima
hakikat aku diturunkan kelas pada tingkatan 2.
Setelah aku fikir
akutak dapat teruskan dengan baik di aliran agama aku bertukar sekolah
pada
penggal ketiga,
di tingkatan2.Aku masuk kelas 2P2 dan bertemu
dengan kawan-kawan
aku semasa di sekolah rendah dulu.
Akhirnya aku bangkit
dan memasuki tingkatan 3P1.
aku mendapat 16
agregat dalam peperiksaan S.R.P.
Lepas tu aku dimasukkan
ke kelas 4 Perdagangan, tapi aku tak minat.
Jiwa aku lebih minat
kepada sains.
Dan setelah memohon
aku dapat masuk 4 Sains.
Namun, ku sangkakan
panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang.
Aku akhirnya dianugerahkan
S.P.M. pangkat 3 dengan agregat 43 unit. Inilah padahnya tak belajar dan
poteng kelas!
After that ... aku
memasuki sekolah swasta dan mendapat agregat 25 unit.
Namun tak mencukupi
untuk memasuki U , coz kualiti yang tak ok ...
Dan ......
aku mengambil sekal
ilagi sebagai calon persendirian dan berjaya mendapat agregat
28 unit dengan kualiti
yang mencapai standard untuk memasuki U.
Di
kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru
yang mengajar Yus !
Antaranya
- Cikgu Sharif yang banyak memberi peransang kepada Yus (Maafkan saya jika
ada membuat
kesalahan
-Jasa cikgu tidak akan dapat saya lupakan!), Cikgu Mustafa, Cikgu Shamsudin
dan Cikgu Zarina
TADIKA ~ SEK. RENDAH ~ SEK. MENENGAH ~ UNIVERSITI UNIVERSITI : Satu Kesedaran
Di peringkat universiti
Yus telah mengalami saat kegemilangan dan saat kejatuhan
Yus mula memasuki Universiti Kolej Terengganu / UPMT ( sekarang Kolej Universiti Terengganu )
dengan ditawarkan matrikulasi sainsYus merasa sungguh gembira
kerana dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading
Impian ramai orang yang cuba mendapatkannya tapi tak semua berjaya
Yus tahu emak dan ayah pasti gembira mengetahui perkara ini
Yus juga tahu emak dan ayah selalu berdoa
supaya Yus berjaya dan menjadi
orang yang berjayaTidak sia-sialah Yus mengorbankan
2 tahun untuk mengambil S.P.M. buat kali kedua dan ketiga
Kakak Yus,Kak Norlia telah berulang kali menasihatkan Yus untuk mengambil
tingkatan enam, tapi Yus tahu ia bukanlah semudah S.P.M.
Yus bimbang Yus karam di tengah samuderanya... cheewaaah !
Kakak memahami tindakan Yus dan tidak memaksa
Yus untuk ke tingkatan enamYus sebenarnya memilih satu alternatif yang mempunyai risiko.
Sekiranya result S.P.M. Yus tidak berapa cemerlang untuk memohon ke IPT,
Yus akan mengalami kerugian masa yang amat ketara
Tapi jika Yus berjaya memasuki IPT,
Yus sudah mempunyai
tapak yang kukuhApabila Yus mengetahui peluang
Yus untuk menjalani kursus matrikulasi
selama setahun sahaja ( promoted ), Yus bertekad untuk itu.
Yus tak mahu banyak ketinggalan dengan rakan-rakan
seperjuangan Yus di masa sekolah menengah dulu.
Yus sudah ketinggalan dua tahun !!!Di sini, memang aman dan tenteram. Suasana sekitar UKT memang indah.
Kalau bosan, boleh ke pantai untuk menikmati keindahan ombak memecah pantai.
Kawan-kawan pun ramai dan akrab kerana kita adalah bacth yang pertama untuk matrikulasi.
Ini yang menyebabkan Yus sedih apabila mengenangkan kenangan di UKT.
Sebenarnya tangkap jiwang yang dimaksudkan tu, ini la.
(rujuk cerita kat dalam koleksi foto)
Yus memilih Matrikulasi Sains Fizik dan ingin membuat hanya yang terbaik
Yus berjaya agak cemerlang dengan mendapat G.P.A. 2.9
pada semester pertama dan 2.8 pada semester kedua
Untuk kedua-dua semester Yus
mendapat C.G.P.A. 2.85Lantas Yus ditawarkan untuk
mengikuti program Bacelor Kejuteraan Mekanikal secara promoted
Yus pergi bersama beberapa orang rakan seperjuangan yang juga aliran
Matrikulasi Sains Fizik untuk mengikuti Bacelor Kejuruteraan Mekanikal iniDi kampus Serdang ini
Yus telah ditempatkan di
Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail
Di sini, Yus telah mengenali ramai orang
Yus mempelajari pelbagai ragam manusia
Hanya Yus seorang sahaja di Kolej iniRakan-rakan Yus yang lain
semuanya berada di kolej yang lain
Kalau semasa matrikulasi di Kuala Terengganu
dengan rakan-rakan Yus ( senang berbincang ),
kini Yus terpaksa 'sebatang kara' berjuangIkhlas Yus beritahu,
Yus tidak biasa dengan cara ini
Sukar untuk Yus belajar seorang diri begini
Namun, memandangkan rakan Yus hanya tinggal berdekatan
sahaja maka dapat jugalah Yus bertandang sekali-sekala
Namun tidak sama dengan bilik sendiriDi peringkat bacelor,
Yus menjadi semakin kurang komitmen
terhadap pelajaran dan banyak terpengaruh dengan orang lain
Keputusan Yus amat teruk dan Yus bimbang andai tak layak
bergelar seorang mahasiswa lagiYus berdoa pada tuhan semoga menyelamatkan Yus
Janganlah Yus terpaksa pulang ke kampung memhampakan ibu dan ayah
Rupanya, Yus masih lagi bernasib baikNamun,
Yus terpaksa akui yang Yus diturunkan ke program diplomaKini,
sessi Mei 1997 telah datang dan Yus masih di sini
Home page yang Yus buat ini (versi asal) adalah sebahagian daripada assignment
yang Yus perlu buat untuk memenuhi keperluan diplomaYus berhasrat Yus akan dapat menyambung ke peringkat bacelor
semula dan menjadi pelajar yang cemerlangKini,
Yus mencari rentak
rentak bertapakKepada adik-adikku
dan rakan seperjuanganku sekalian,
renungkanlah pesanku ini..." Janganlah sesekali kita merasakan milik kita
adalah kekal milik kita untuk selamanya "Sekian, wassalam
~fairuz~
Sorry ... teknik tulisan macam jiwang giler ... sajer jer .....