4 Friendship - Just send e-mail to me at  CeriaWaja@yahoo.com
No. 2, Kampung Buloh, 21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.
09-6811452 @ 09-6812619

53, Floor Bravo, Kenanga, Kolej Tun Dr. Ismail, 43400 UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan.

 

 


 All material are probihited by law
No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system or transmitted, in any form, or any means,
electronic, mechanical, recording or otherwise, without the prior permission of the copyright owner



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...
dan salam ceria ...

Terima kasih atas segala sokongan anda kepada Yus.

 Di  kesempatan  ini Yus ingin  mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan
maaf  kepada sesiapa  sahaja di muka bumi ini andainya Yus telah melakukan  kesila-
pan samaada disengajakan  atau  tidak. Halalkan  juga segala  makan  minum Yus se-
panjang hayat Yus.

 Manusia  bersifat datang dan pergi. Begitu juga dengan Yus dan  juga  kamu  semua.
Tiada yang  terkecuali.  Kita semua  akan  dijemput  pulang. Usah bertanya mengapa
Yus menulis warkah ini. Kerana  kita  tidak tahu  bilakah  kita akan dijemput  pulang.
Mungkin 50 tahun lagi. Mungkin setahun lagi.  Mungkin minggu depan. Mungkin  lu-
sa  atau esok. Mungkin  juga bila-bila masa dari sekarang ! Dan persoalannya seka-
rang. Adakah kita benar-benar bersedia  untuk  menghadapi saat sakaratul maut da-
tang untuk  mengambil nyawa kita ? Bersamalah kita memperlengkapkan amalan ki-
ta  dan tunaikanlah segala  kewajipankita sebagai seorang hamba.

 Kepada yang pernah putus asa atau sedang menghadapi kegagalan.  Ingatlah  ke-
gagalan itu  hanyalah satu  ujian. Bersabarlah ! Ingatlah  kegagalan  yang  sebenarnya
ialah apabila kita memandang kepada dunia semata-mata.Kejayaan yang sebenarnya
adalah apabila kita berjaya melaksanakan segala tanggungjawab kita kepada agama !

    Kepada  keluarga  Yus yang  amat-amat Yus sayangi  dan cintai sepenuh jiwa dan
hati.

        Ayah,
        Mak,
        Kak Nor,
        Abang Rie,
        Abang Din
        dan
        Kak Na.

Terima kasih  atas segala kasih sayang, tunjuk ajar, perhatian dan segalanya yang telah diberikan kepada \Yus. Segala itu tidak dapat Yus balas sehingga ke akhir hayat Yus.I Love You All !

     Tidak lupa juga kepada keluarga terdekat :

Allahyarham Datuk Yusof
Allahyarham Datuk Ahmad
AllahyarhammahNenek Esah
Allahyarhammah Nenek Chik
 

( AL-FAATIHAH BUAT MEREKA .
SEMOGA MEREKA DITEMPATKAN
DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN )
 
 

Keluarga  Ayah  Ngah
Keluarga  Ayah  De
Keluarga Umi
Keluarga Auntie Lah
Keluarga Auntie Za
Keluarga Auntie Mah
Keluarga Su Rokiah
Keluarga Isu Mokhtar
KeluargaMak De Nah
Keluarga Su Esah

    Tidak lupa juga kepada  teman-teman iaitu  teman sekampung,  teman KL, jiran te-
tangga,  orang kampung,  penduduk Kuala  Berang,  teman sepersekolahan,  teman di
UPMT  dan  UPM, teman di IPT lain, teman siber, teman sekerja, teman serumah, te-
man sekolej dan banyak lagi yang tak boleh Yus nak tuliskan di sini kesemuanya. Pen-
dek kata semua yang mengenali Yus. Terima kasih segalanya !

    Sebelum Yus mengundur diri Yus ingin memohon ampun dan maaf sekali lagi di atas
semua kesilapan Yus sepanjang Yus mengenali kalian. Ingatlah dunia adalah pinjaman,
akhirat yang kekal. Berjaya di dunia sahaja tapi kalah di akhirat langsung tidak memba-
wa makna !

    Semoga Allah memberi keberkatan dan keredhaannya kepada kita semua !

    Amin !

Ikhlas :

Mohd Fairuz bin Mat Zin